DUNIA

Kereta mini elektrik mewah dijual RM211,607

Kereta mini elektrik mewah dijual RM211,607


GAMBAR menunjukkan Majetic duduk di tepi kereta Loox di Zagreb pada 1 Februari lalu.


ZAGREB, Croatia - Seorang ahli perniagaan, Vjekoslav Majetic mengendalikan sebuah syarikat Dok-Ing di sini yang mengeluarkan kereta elektrik mini yang mewah.

Majetic yang berusia 57 tahun sebelum ini bercita-cita untuk menghasilkan kereta berkuasa elektrik semasa dia masih kecil.

Beliau yang merupakan bekas jurutera pengangkutan mula menjadikan ideanya itu sebagai realiti lima tahun lalu apabila sebuah kereta prototaip yang dihasilkannya, Loox dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Geneva di Switzerland pada tahun 2010.

Kebanyakan komponen kereta elektrik tiga tempat duduk itu dibuat di Croatia.

Komponen-komponen yang digunakan untuk menghasilkan kereta tersebut berkualiti tinggi seperti badannya diperbuat daripada karbon kevlar.

Bahan-bahan berkualiti tinggi itu menyebabkan harga kereta itu mahal iaitu AS$68,000 (RM211,607) berbanding kereta elektrik lain.

Kereta sepanjang 2.9 meter itu boleh mencecah kelajuan sehingga 100 kilometer sejam dalam tempoh 7.5 saat berdasarkan meter laju.

Masa untuk mengecaj kereta itu ialah tiga hingga lapan jam.

Syarikat itu merancang untuk menghasilkan lima buah kereta tersebut menjelang tahun ini. - AFP

Varia!»

Warisan Orang Asli masih kekal

Keunikan budaya Orang Asli di Kampung Pos Raya, Perak terserlah melalui penghasilan pakaian daripada kulit kayu pokok terap yang turut dipakai oleh penari tarian sewang.

Process time in ms: 79