TERKINI

Perlu desak Filipina ekstradisi Jamalul Kiram III

Perlu desak Filipina ekstradisi Jamalul Kiram III

05/03/2013 11:07pm

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak hari ini meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokongan melalui beberapa kenyataan.

"Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya ”Sultan Sulu”, untuk dibicarakan di mahkamah negara ini. – BERNAMA

Process time in ms: 31