NEGARA

Malaysia, Panama juara PABM 2013

Malaysia, Panama juara PABM 2013


FERNANDO JARAMILLO (depan dua dari kanan) dan Mohd. Ikhwan (depan dua dari kiri) bersama replika cek dan trofi yang mereka menangi.


PUTRAJAYA - Peserta dari Panama, Derrick Fernando Jaramillo, 28, dinobatkan johan kategori Antarabangsa pada Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam tadi.

Johan bagi kategori Nusantara pula disandang wakil Malaysia, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli, 24, pelajar Universiti Sains Islam Malaysia.

Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai AS$7,000 (RM21,665), Piala Pusingan Perdana Menteri, piala iringan, hadiah dan sijil.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Seramai lapan peserta berentap di peringkat akhir setelah empat hari pertandingan yang bermula 19 Februari lalu.

Lima daripadanya berentap untuk kategori Antarabangsa iaitu Jordan, Jerman, Panama, Afghanistan dan China, manakala selebihnya bagi kategori Nusantara diwakili peserta dari Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Kaunselor bukan pakar motivasi

Tidak ramai memilih perkhidmatan kaunselor bertauliah kerana beranggapan mereka hanya diberi nasihat.

Stailo!»

Kostum bertatahkan 100,000 kristal

RUZAINI (kiri) dan Rizman (kanan) mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan kostum yang bakal digayakan oleh Kiran.

Varia!»

Dodgeball JK1M ajak masyarakat lebih cergas

KUMPULAN Syamel berjaya menjadi juara dan pulang dengan wang tunai RM1,000 pada Kejohanan Dodgeball Selebriti dan Media baru-baru ini.

[email protected]!

Process time in ms: 31