TERKINI

Polis tahan 23 lelaki terlibat pergaduhan

Polis tahan 23 lelaki terlibat pergaduhan

22/02/2013 8:07pm

GEORGETOWN – Polis menahan 23 lelaki dan merampas 18 kapak dan satu tukul besi ketika cuba mencetuskan pergaduhan di sebuah kelab di Jalan Utama di sini malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tujuh daripada mereka adalah remaja yang berumur antara 14 hingga 17 tahun.

"Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam pada 10.30 malam memberitahu ada pergaduhan. Bertindak atas maklumat itu polis mengepung kawasan berkenaan dan dapat meleraikan pergaduhan.

"Ini merupakan satu perancangan pergaduhan antara pemilik kelab dengan kumpulan daripada luar. Kalau tidak diambil tindakan cepat, mungkin akan berlaku satu pergaduhan besar dan menyebabkan kecederaan kedua belah pihak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, polis melepaskan satu das tembakan bagi meleraikan pergaduhan itu dan seramai 45 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan 25 anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah membantu meleraikan pergaduhan itu.

Abdul Rahim berkata, ujian saringan air kencing mendapati enam daripada mereka positif dadah. – BERNAMA

Infiniti!»

Perabot daripada kayu pain terpakai

KAYU pain disimpan rapi di dalam bengkel untuk mengekalkan ketahanannya sekali gus tidak mudah rosak.

Varia!»

Melahirkan jutawan bidang penternakan

SITI FATONAH (dua dari kanan) bersama Mohamad Jamil (dua dari kiri) di hadapan Akedemi Usahawan MJ Fatonah di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0