TERKINI

Produk daging import bebas dari daging kuda

Produk daging import bebas dari daging kuda

21/02/2013 8:32pm

PUTRAJAYA Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) memberi jaminan bahawa orang ramai tidak perlu curiga dengan integriti produk daging sedia ada dalam negara, ekoran tercetusnya skandal produk daging bercampur daging kuda di Eropah yang dikatakan kini merebak ke negara Asia.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin berkata, ini kerana JPV tidak pernah meluluskan pengimportan daging dan produk daging daripada loji atau rumah sembelih dari negara-negara Kesatuan Eropah.

Menurutnya, kebenaran membawa masuk daging dan produk berasaskan daging adalah daripada loji atau rumah sembelih yang telah mendapat kelulusan JPV serta Jabatan Agama Islam (Jakim), dan senarainya boleh disemak di laman web rasmi jabatan www.dvs.gov.my.

Bercakap kepada pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, beliau berkata, isu integriti dalam aspek makanan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan, baik dari segi kesihatan, kebersihan, mahupun status halalnya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan jabatan kesihatan serta jabatan yang berkaitan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna minggu depan, untuk mewujudkan satu bentuk kerjasama dalam usaha memantapkan strategi bagi menjaga integriti barang-barang makanan yang diimport. BERNAMA

Varia!»

Melahirkan jutawan bidang penternakan

SITI FATONAH (dua dari kanan) bersama Mohamad Jamil (dua dari kiri) di hadapan Akedemi Usahawan MJ Fatonah di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16