TERKINI

Rawatan hemodialisis diperluas ke klinik kesihatan

Rawatan hemodialisis diperluas ke klinik kesihatan

19/02/2013 3:01pm

PUTRAJAYA — Setelah berjaya melengkapkan kesemua hospital kerajaan dengan perkhidmatan rawatan hemodialisis, kerajaan kini dalam proses memperluaskan perkhidmatan itu ke kira-kira 800 klinik kesihatan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pada masa ini dua fasiliti dilengkapkan dengan peralatan berkenaan iaitu di Simpang Renggam, Johor yang beroperasi sejak Januari dan Kodiang, Kedah yang akan mula beroperasi akhir bulan ini.

"Ini adalah satu dasar baharu dan saya nak tekankan adalah menjadi komitmen kerajaan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik, lebih luas, lebih mudah dicapai oleh rakyat di pelbagai pelosok dalam negara,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Mesin Hemodialisis bernilai RM1.6 juta oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di Hospital Putrajaya, di sini hari ini.

Beliau berkata, beberapa lagi klinik kesihatan sedang dilengkapkan dengan peralatan yang diperlukan untuk rawatan itu menggunakan peruntukan sedia ada dan peruntukan tambahan juga akan dipohon daripada Kementerian Kewangan bagi memastikan lebih banyak klinik dapat dilengkapkan dengan kemudahan sama.

Katanya lagi, perkhidmatan itu hanya dapat ditawarkan di klinik-klinik kesihatan yang besar, tidak termasuk Klinik Desa dan Klinik 1Malaysia, kerana ia memerlukan doktor dan pakar serta pengasingan tempat untuk pesakit Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV.

Sementara itu beliau juga berkata, kerajaan turut menggalakkan penggunaan rawatan ”Continous Ambulatory Peritoneal Dialysis” (CAPD) iaitu rawatan sendiri di rumah dengan menggunakan cecair kerana ia lebih mudah dan pesakit tidak perlu ke pusat rawatan dan menunggu sesi rawatan yang lama.

Pada masa ini hanya lapan peratus daripada lebih 26,000 pesakit menjalani rawatan dialisis menggunakan rawatan itu, walaupun keberkesanannya adalah sama, katanya. — BERNAMA

Rencana Utama!»

Rendang Padang menu sahur, berbuka

Hidangan rendang menjadi juadah bersahur dan berbuka puasa yang popular di Padang, Indonesia sepanjang bulan Ramadan.

Pesona!»

Pesta raya di pusat beli-belah

Seni bina Morocco menceriakan suasana di pusat beli-belah IOI Putrajaya.

Varia!»

Bantu gelandangan berbuka puasa

Seorang sukarelawan memberi makanan kepada gelandangan sekitar Pudu, Kuala Lumpur.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31