TERKINI

Bantah cadangan roboh Pasar Payang

Bantah cadangan roboh Pasar Payang

18/02/2013 3:59pm

KUALA TERENGGANU — Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Pasar Payang Warisan Kita membantah cadangan meroboh Pasar Payang di sini bagi memberi laluan projek mega bernilai RM400 juta di tapak pasar itu.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, malah cadangan untuk membina Pasar Besar Kedai Payang baharu empat tingkat dan berhawa dingin di tapak itu juga dilihat sebagai tidak praktikal.

"Bagaimana kerajaan negeri Terengganu tergamak mahu merobohkan Pasar Payang sedangkan itulah antara warisan dan pusat pelancongan yang terkenal di bandar Kuala Terengganu.

"Alasannya, pasar tidak selamat...ini tidak benar kerana akhir tahun 2007, Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengeluarkan peruntukan untuk memperbaiki sedikit kerosakan struktur di pasar itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga mendakwa bahawa 90 peratus peniaga di pasar itu menentang cadangan pembinaan pasar baharu di tapak itu.

Awal bulan ini, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan bangunan pasar sedia ada akan diroboh dan kesemua peniaga di situ akan dipindah ke pasar sementara di Pulau Warisan.

Projek yang apabila siap dan menjadi mercu tanda terbaharu bandar Kuala Terengganu itu akan menempatkan sebuah hotel 23 tingkat, sebuah pangsapuri 30 tingkat dan Pasar Besar Kedai Payang empat tingkat. — BERNAMA

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47