NEGARA

Gadis korban cemburu buta

Gadis korban cemburu buta


ANGGOTA polis berkawal di rumah Ching Chin yang mati selepas ditikam kekasihnya di Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM – Perasaan cemburu buta seorang ahli perniagaan yang meluap-luap tiba ke kemuncaknya apabila dia bertindak kejam membunuh kekasihnya sebelum dia menikam perut sendiri dalam kejadian di Taman Hwa Seng dekat Alma di sini semalam.

Kejadian pukul 8.40 pagi itu berlaku ketika Tan Ching Chin, 24, sedang mandi di rumah keluarganya sebelum suspek berusia 31 tahun tersebut menceroboh bilik air berkenaan lalu menikam bertubi-tubi perut kekasihnya menggunakan pisau sampai wanita itu mati.

Difahamkan, pasangan tersebut telah menjalin hubungan sejak enam bulan lalu. Cinta pandang pertama itu bermula selepas suspek menemui mangsa ketika menghantar bekalan bahan binaan kepada syarikat milik abang wanita tersebut.

Suspek yang berasal dari Perak dikatakan bertandang ke rumah keluarga kekasihnya sejak Ahad lalu bagi meraikan Tahun Baru Cina.

Sebaik melihat kekasihnya terbaring dalam keadaan berlumuran darah, dia bertindak menikam perutnya sendiri menggunakan pisau yang sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Jana 5 kilowatt kuasa hidroelektrik

SISTEM vorteks bergantung sepenuhnya kepada pusaran air sungai berbanding konsep kitaran kincir air yang terdapat pada empangan jana tenaga lain.

GenK»

Lahirkan artis seni muda berciri usahawan

MUHAMMAD AFIQ menggunakan bilik inkubator yang disediakan kepadanya untuk berkarya.

Varia!»

TeknologiVeggie Factory pertanian masa depan

Teknologi Veggie Factory yang terdapat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Process time in ms: 31