DUNIA

Bank diurus seorang lelaki di Jerman

Bank diurus seorang lelaki di Jerman


BREITER (kiri) melayan seorang pelanggan di Bank Raiffeisen Gammesfeld eG di Gammesfeld pada 29 Januari lalu.


GAMMESFELD, Jerman - Seorang lelaki yang menguruskan sebuah bank koperasi di sini telah memastikan pengurusan kewangan penduduk sebuah kampung berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah dengan cara yang tersendiri.

Lelaki itu, Peter Breiter, 41, merupakan seorang pengurus bank yang luar biasa kerana dia tidak mengharapkan sebarang bonus yang besar, instrumen kewangan yang canggih dan tawaran kewangan berjuta ringgit.

Dia yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif bank itu berasa cukup bahagia dengan hanya menulis setiap transaksi keluar masuk kewangan dengan tangannya sendiri untuk 500 orang penyimpan di Gammesfeld, Jerman.

"Mengapakah saya perlu gunakan sebuah mesin pengeluaran wang automatik?

"Mesin wang itu menelan belanja yang tinggi" kata seorang pelanggan, Friedrich Feldman.

Felman berkata demikian ketika ditemui di sebuah bilik menunggu bersaiz kecil di bank tersebut.

Dia hanya datang ke bank itu seminggu sekali untuk mengeluarkan wang.

Bank koperasi Raiffeisen Gammesfeld eG yang terletak di selatan Jerman itu merupakan salah sebuah daripada 10 buah bank terkecil. Ia merupakan satu-satunya bank yang diuruskan oleh seorang kakitangan sahaja. - Reuters

Process time in ms: 31