TERKINI

Mangsa kebakaran gembira diserahkan rumah baru

Mangsa kebakaran gembira diserahkan rumah baru

12/02/2013 2:57am

KUALA TERENGGANU - Tiga keluarga yang rumah mereka hangus seluruhnya dalam kebakaran September tahun lepas, semalam gembira menerima rumah baru dibina atas keprihatinan kerajaan negeri Terengganu.

Di samping itu, mereka dari Taman Perumahan Wakaf Tengah, dekat sini turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 pada Majlis Penyerahan BR1M bagi Parlimen Kuala Nerus oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri di sini.

Seorang daripada mangsa kebakaran, Mazalan Mohamad, 64, melahirkan rasa gembira dan tidak sabar untuk berpindah masuk ke rumah baru.

"Saya sungguh teruja dan sangat gembira hari ini, bukan sahaja dapat kunci rumah, tetapi saya turut menerima BR1M sebanyak RM500. Saya tak sabar untuk berpindah ke rumah baru dari rumah sewa sekarang, katanya.

Pada majlis itu, seramai 467 orang dari Kampung Pengkalan Maras dan Alor Damak dekat sini menerima bantuan kewangan itu.

Seorang lagi mangsa, Wan Nor Abidin Wan Salleh, 55, berkata, kalau tidak dibantu kerajaan, pembinaan rumahnya secara bersendirian pasti terbengkalai kerana beliau tidak mampu untuk membaikinya dalam masa singkat.

"Saya mengucapkan terima kasih di atas perhatian kerajaan membantu memulihkan kediaman kami, katanya. - BERNAMA

Rencana Utama!»

Saingan jenama selebriti, pereka fesyen

Fenomena selebriti mengeluarkan koleksi pakaian jenama sendiri meskipun dilihat sebagai satu perkembangan sihat, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada perniagaan pereka fesyen tempatan terutamanya yang baru hendak mencipta nama dalam dunia fesyen.

Horizon!»

Suntik semangat atlet Sukan Olimpik

Lebih 10,000 orang peserta mengambil bahagian pada acara larian Team Malaysia Fan Run 2016 di Dataran Putrajaya, Putrajaya baru-baru ini.

Varia!»

Cabaran generasi celik teknologi maklumat

PENGGUNAAN rangkaian internet berupaya membawa perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi digital serta perkembangan pasaran antarabangsa.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31