NEGARA

Kerajaan belum putuskan kadar amah RM6,700

Kerajaan belum putuskan kadar amah RM6,700

KUALA LUMPUR – Kos pengambilan amah dari Indonesia masih kekal RM4,811 memandangkan kerajaan belum lagi menguatkuasakan cadangan kadar baru sebanyak RM6,700 seperti yang dikemukakan oleh Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) pada bulan lepas.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri. Dr. S. Subramaniam berkata, penetapan kadar baru hanya akan dibuat selepas perbincangan diadakan antara kerajaan Malaysia dan Indonesia mengenai isu tersebut tidak lama lagi.

“Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Majikan Amah Malaysia (Mama) dan Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) telah sampaikan kehendak mereka kepada kementerian.

“Apa jua keputusan berhubung perkara ini akan kita ketahui selepas perbincangan dengan pemerintah Indonesia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 31