TERKINI

Kes perogol bersiri disebut semula 20 Mac

Kes perogol bersiri disebut semula 20 Mac

07/02/2013 6:25pm

BENTONG - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 20 Mac depan bagi sebutan semula kes seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 115 tahun penjara dan 50 sebatan atas kesalahan merogol dan melakukan seks luar tabie, atas dakwaan merogol dan membunuh seorang gadis.

Tertuduh, Rabidin Satir, 42, sebelum ini telah dihadapkan ke mahkamah berkenaan pada 12 Disember lepas atas tuduhan membunuh Annie Kok Yin Cheng, 17, di Lot 4168 Kampung Ketari, di sini, pada 7 Mac 2009 antara pukul 11.30 malam dan 1.50 petang, 8 Mac 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh yang keturunan Dusun itu didakwa mengikut Seksyen 376(4) akta sama iaitu merogol mangsa sehingga menyebabkan berlaku kematian di tempat dan masa sama. - BERNAMA

Rencana Utama!»

Cabaran penggal kedua Rousseff

AKHBAR-AKHBAR Brazil melaporkan kemenangan Rousseff sebagai President Brazil ke-36.

Pesona!»

Bantu baiki taraf hidup wanita

KEMAHIRAN mengurut menjadi punca rezeki buat Saodah untuk menyara keluarganya.

Varia!»

Penceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN li’an yang melibatkan penafian nasab terhadap anak yang dikandung akan dilakukan selepas kelahiran bayi tersebut. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16