NEGARA

Projek IPTS baharu dibeku dua tahun

Projek IPTS baharu dibeku dua tahun

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membekukan projek penubuhan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) baharu bagi tempoh dua tahun mulai 1 Februari ini berikutan jumlah yang ada di seluruh negara pada masa ini cukup untuk menampung pengambilan pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata, pengecualian diberi kepada permohonan IPTS yang sedang diproses, yang telah memohon dinaik taraf, kampus cawangan luar negara yang mempunyai ranking terbaik dunia dan dibina dalam hab pendidikan.

“Kementerian berpandangan jumlah IPTS di negara telah mencukupi untuk menampung permintaan pengajian tinggi sama ada dari dalam dan luar negara.

“Walaupun permohonan ke IPTS masih tinggi, terdapat tanda-tanda menunjukkan bahawa IPTS mengeluarkan graduan melebihi kehendak pasaran,” katanya ketika berucap sempena majlis Amanat Tahun Baharu 2013 kementerian itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Balik lebaran guna kereta api Indonesia

JUtaan penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api menjelang hari raya di Indonesia.

Pesona!»

Rasa unik peria katak

Peria katak juga sesuai dijadikan jus bagi pesakit diabetes.

Varia!»

Eratkan silaturahim pada musim perayaan

Benny (berdiri, kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim semasa majlis pelancaran kad ucapan Julie’s baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16