TERKINI

Kerja baik pulih landasan dijangka siap Khamis

Kerja baik pulih landasan dijangka siap Khamis

27/01/2013 11:56am

KUALA LUMPUR — Kerja membaik pulih landasan keretapi di Kilometer 738.00 berhampiran Taman Impian Emas, Skudai, Johor sedang giat dijalankan dan dijangka siap Khamis ini.

Semalam, lima penumpang dan seorang pekerja cedera selepas empat daripada 10 gerabak tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Ekspres Sinaran Selatan No.13 tergelincir di landasan tersebut.

KTMB dalam kenyataan di sini hari ini berkata, ekoran kejadian itu, semua perkhidmatan tren ke Woodlands, Singapura akan ditamatkan di stesen Kulai, Johor dan penumpang akan dipindahkan melalui bas ke stesen Kempas Baru sebelum meneruskan perjalanan ke JB Sentral dan Woodlands dengan menaiki tren ‘shuttle’ yang disediakan.

"Selain itu, perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Selatan No.13 (Sentral KL-Woodlands) dan tren Shuttle No.61 (Gemas-Woodlands) turut dibatalkan.

"Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan KTMB di 1-300-88-5862," menurut kenyataan itu.— BERNAMA

Rencana Utama!»

Jong-nam pemimpin yang tak diangkat

PEMIMPIN tertinggi Korea Utara, Jong-un (kanan) memiliki raut wajah dan fizikal yang hampir sama seperti abang tirinya, Jong-nam.

Diva Interaktif!»

Nabila Huda luah isi hati

INILAH luahan hati Nabila menerusi Instagram miliknya mengenai tiada inisiatif pihak tertentu membawa artis negara ini ke program Oscar.

Iklan

Process time in ms: 47