TERKINI

Tiga maut dalam banjir di bandar Lampung

Tiga maut dalam banjir di bandar Lampung

25/01/2013 7:07pm

JAKARTA Tiga orang maut dan ratusan rumah dinaiki air antara dua dan tiga meter di kota Bandar Lampung, Sumatera berikutan hujan lebat selama tiga jam dari petang hingga malam, semalam.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Banjir (BNPB), dua kanak-kanak maut di kampung Talang apabila dinding tembok pagar sepanjang 20 meter di sebuah pusat gelanggang Futsal di situ roboh akibat banjir.

Seorang mangsa banjir juga dilaporkan terkorban di Gunung Mas.

BNPB berkata, sejumlah 20 kawasan penempatan terjejas akibat banjir dan penduduknya terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.

Paras air di beberapa kawasan terbabit dilaporkan mula surut hari ini. BERNAMA

Horizon!»

Pupuk semangat kesukanan tinggi

Pemain memungut mata dengan cara melemparkan cakera pada ahli yang berada di hujung garisan penamat.

Varia!»

Ingatan merupakan satu anugerah

Price memiliki kebolehan yang dikenali sebagai autobiographical memory kerana mampu mengingati semua perkara yang berlaku pada dirinya.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31