TERKINI
Adik ikut abang ke sekolah maut kemalangan
PEKAN — Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas motosikal yang dinaiki bersama dua lagi abangnya terbabit dalam kemalangan di KM7, Jalan Pasir panjang-Tanjung Agas, awal hari ini.
Ketika kejadian 7.05 pagi itu, Muhamad Faiskandar Abd Karim, mati di tempat kejadian selepas motosikal yang dikendali abangnya, Marzuki Abd Karim, 17, terbabas dan melanggar sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan.
Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Supt. Yahaya Othman, mangsa mengikut abangnya (Marzuki) untuk menghantar seorang lagi abangnya Muhammad Fazal Abd. Karim, 11, ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas, dekat sini.
"Tiba di tempat kejadian, Marzuki dikatakan cuba mengelak sebuah penunggang basikal, sebelum terbabas dan melanggar kereta terbabit,” katanya di sini.
Beliau berkata, mangsa yang duduk dalam bakul motosikal terpelanting dan terjatuh atas permukaan jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. — BERNAMA
Varia!»

Jam tawaf makin popular
SEBANYAK 10 variasi bentuk muka jam disediakan untuk pilihan para pelanggan.



Kafe kedai hardware
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

