TERKINI

“Bouncer” kelab malam maut ditembak

“Bouncer” kelab malam maut ditembak

24/01/2013 3:43pm

BUTTERWORTH - Seorang pengawal kelab malam atau “bouncer” maut selepas ditembak seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di sebuah premis perniagaan di Taman Desa Murni di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mangsa, Fauzi Hussin, 24, ditemui maut dengan satu kesan tembakan di rusuk kiri pada 5.25 pagi ini.

"Sepasukan anggota kita bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan satu kesan tembakan mengenai rusuk kirinya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

Varia!»

Bertakbir dari rumah ke rumah

SETIAP kumpulan takbir mengunjungi hampir 20 buah rumah pada satu malam. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16