TERKINI

Finas anjur lima latihan perfileman di Sarawak

Finas anjur lima latihan perfileman di Sarawak

14/01/2013 12:31pm

KUCHING Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan mengadakan lima program latihan perfileman di sini sepanjang tahun ini.

Lima program itu ialah Bengkel Penerbitan Video pada 11 hingga 15 Mac dan 2 hingga 6 September; Bengkel Pengarahan (24-28 Jun), Bengkel Seni Lakon (21-25 Okt) dan Bengkel Penerbitan Kamera Terbilang (2-6 Dis).

Ketua Finas Bahagian Wilayah Sarawak, Mohd. Subri Abdul Ghani berkata, bengkel yang dikendalikan tenaga pengajar bertauliah Finas itu dianjur untuk memantapkan lagi kemahiran aspek teknikal dalam pengeluaran sesebuah filem.

Penyertaan program itu terbuka kepada semua yang berminat, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata maklumat lanjut mengenai program itu boleh diperoleh dengan menghubungi talian 082-255 118 atau 082-259 576. BERNAMA

Rencana Utama!»

Biak Raja Sungai di habitat asal

Ikan kelah yang dipelihara di pusat Santuari Ikan Sungai Chilling belum jinak sepenuhnya dan agak sukar ditangkap menggunakan tangan.

Pemotoran!»

Supercar mewah Lotus Evora 400 lebih berkuasa

Lotus Evora 400 serba baharu ini adalah versi paling canggih dan berkuasa berbanding model terdahulu.

Varia!»

Bijaksana guna media sosial

Media sosial seperti Facebook perlu digunakan untuk menyebar kebaikan. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47