TERKINI

3 sahabat didakwa rogol gadis bawah umur

3 sahabat didakwa rogol gadis bawah umur

10/01/2013 7:22pm

KANGAR Tiga sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur di sebuah pondok dalam kawasan sawah padi di Jalan Ngulang, Mata Ayer pada 31 Januari 2012.

Mohamad Fitri Salleh, 21, seorang tukang rumah, dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 8.30 malam dan 8.45 malam.

Dua lagi tertuduh yang bekerja sendiri iaitu Nor Azwan Ibeniamin, 23, dituduh melakukan perbuatan itu antara 9 malam dan 9.10 malam manakala Mohamad Yusri Rosli, 19, pula antara 9.20 malam dan 9.30 malam pada tarikh yang sama.

Mereka yang semuanya beralamat di Kampung Baroh dekat sini dituduh secara berasingan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan kerana merogol gadis yang ketika itu berusia 14 tahun empat bulan di lokasi sama. BERNAMA

Rencana Utama!»

Jong-nam pemimpin yang tak diangkat

PEMIMPIN tertinggi Korea Utara, Jong-un (kanan) memiliki raut wajah dan fizikal yang hampir sama seperti abang tirinya, Jong-nam.

Diva Interaktif!»

Nabila Huda luah isi hati

INILAH luahan hati Nabila menerusi Instagram miliknya mengenai tiada inisiatif pihak tertentu membawa artis negara ini ke program Oscar.

Iklan

Process time in ms: 31