NEGARA

Menteri anggap kos amah RM6,700 adil

Menteri anggap kos amah RM6,700 adil

COCHIN (India) - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam menyifatkan cadangan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) menaikkan kos pengambilan pembantu rumah dari Indonesia daripada RM4,511 kepada RM6,700 sebagai adil.

Alasan beliau ialah kos itu sudah diturunkan berbanding cadangan awal Papa sebanyak hampir RM12,000.

Subramaniam meminta Papa mengemukakan huraian perbelanjaannya dalam pengambilan pembantu rumah Indonesia untuk kelulusan kerajaan.

"Selepas cadangan itu diterima kementerian, Malaysia akan memohon Papa dan rakan mereka di Indonesia untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan masing-masing sebelum pasukan petugas bersama boleh ditubuhkan," katanya kepada wartawan Malaysia ketika menghadiri satu persidangan di sini semalam.

Beliau berkata, sebarang keputusan rasmi berhubung perkara itu akan hanya dibuat susulan perbincangan berkenaan yang akan diadakan secepat mungkin.

Cadangan kadar baharu itu bagaimanapun mendapat tentangan Persatuan Majikan Amah Malaysia kerana ia terlalu tinggi dan membebankan.

Presidennya, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein dilaporkan berkata, kadar itu jauh mengatasi kos sebenar pengambilan pembantu rumah dari republik berkenaan.

Pesona!»

Kanak-kanak teruja tanam cendawan di rumah

SETIAP kanak-kanak di tadika yang mengambil bahagian akan dibekalkan dengan sekotak kit Dr. Mushroom sebagai projek sains kelas.

Process time in ms: 47