TERKINI

Tubuh unit pemantauan, penyelenggaraan cerun

Tubuh unit pemantauan, penyelenggaraan cerun

05/01/2013 6:15pm

SERDANG — Pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran menubuhkan unit pemantauan dan penyelenggaraan cerun untuk memastikan tiada lagi kejadian cerun runtuh yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, walaupun ada PBT seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang mempunyai unit cerun sendiri, ia dilihat terlalu kecil berbanding bilangan cerun di kawasan mereka.

"Kekuatan unit ini penting terutama bagi kawasan PBT yang banyak cerun. Pemantauan dan penyelengaraan cerun seperti pastikan air mengalir dengan betul agak mudah dilakukan tetapi bila kita bercakap misalnya mengenai tahap kelembapan cerun dan tahap beban ditampung, ini memerlukan kepakaran.

"Paling penting langkah pencegahan dan pengesanan daripada awal, kita perlu ada jurutera dan ahli geologi untuk mengambil langkah perlu mencegah cerun itu menjadi ”tragedi”,” katanya.

Terdahulu beliau meninjau kawasan tebing runtuh berhampiran Kolej Kediaman Serumpun, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyebabkan tujuh buah motosikal penuntut rosak.

Beliau berkata, pemantauan dan penyelengaraan cerun perlu dilakukan secara berterusan kerana masalah cerun runtuh selalunya tidak terjadi pada awal pembinaan sebaliknya berlaku antara 15 dan 20 tahun selepas pembinaan siap.

Garis panduan mengenai pembangunan di kawasan cerun yang telah disiapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2009 perlu dijadikan panduan untuk memastikan cerun di negara ini tidak mendatangkan mudarat kepada rakyat yang tinggal berhampiran, katanya. — BERNAMA

Varia!»

Bertakbir dari rumah ke rumah

SETIAP kumpulan takbir mengunjungi hampir 20 buah rumah pada satu malam. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0