TERKINI

Harap keselamatan penuntut baharu UNISEL terjamin

Harap keselamatan penuntut baharu UNISEL terjamin

05/01/2013 5:58pm

KUALA SELANGOR Ibu bapa penuntut baharu Universiti Selangor (Unisel) yang mendaftar hari ini berharap keselamatan anak mereka yang terpaksa ditempatkan di asrama di luar kawasan kampus Berjuntai Bestari di sini, terjamin.

Mat Nawi Ab Rahman, 45, dari Kota Bharu, Kelantan berkata, selain keselamatan, keselesaan penuntut yang ingin memulakan pengajian di universiti itu adalah perkara penting yang perlu diutamakan.

"Saya harap Unisel dapat memastikan keselamatan anak-anak kami terutamanya yang berasal dari jauh dan tidak biasa dengan kawasan ini, lebih-lebih lagi penuntut perempuan, katanya.

Amran Che Ibrahim, 51, pula berharap kemudahan pengangkutan yang sistematik juga dapat disediakan bagi memudahkan penuntut baharu ke kampus untuk belajar dan membuat urusan berkaitan.

Beliau berkata, pengangkutan amat penting memandangkan perpustakaan juga terletak di dalam kampus dan bukan semua penuntut baharu daripada kalangan mereka yang berkemampuan membawa kenderaan sendiri.

"Saya bukan dari kalangan orang senang, saya sendiri jual itik dan ayam untuk hantar anak belajar di sini. Jadi, saya berharap kebajikan anak saya terjamin, katanya.

Media sebelum ini melaporkan bangunan asrama di kampus Berjuntai Bestari itu terpaksa dikosongkan selepas laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor menyatakan berlaku mendapan bahagian tanah struktur bangunan itu dan perlu diperbaiki dengan kadar segera. BERNAMA

Rencana Utama!»

Orang Melayu, Asli sebaka

ORANG Melayu zaman dahulu terkenal dengan ketangkasan berlawan dan bersifat pejuang.

Stailo!»

Aksesori pelengkap sisi maskulin

Obsesi pada koleksi kasut adalah normal bagi lelaki kerana ia merupakan pelengkap gaya mereka.

Varia!»

Belka lebar sayap ke Pantai Timur

Imej Michael Jackson ini dihasilkan menggunakan lapisan Belka.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16