TERKINI

Mekanik ditemui mati dalam bengkel

Mekanik ditemui mati dalam bengkel

02/01/2013 2:45am

BUTTERWORTH — Seorang mekanik ditemui mati dengan kesan cedera parah di kepala di sebuah bengkel membaiki dan mengetuk kenderaan di Kampung Benggali, Teluk Air Tawar di sini semalam.

Mayat Som Phong a/l Ai Nom, 31, yang berketurunan Siam dan berasal dari Kuala Ketil, Kedah ditemui majikannya pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

"Pada mulanya majikannya terdengar suara orang bergaduh di bengkel tersebut yang terletak bersebelahan pejabatnya.

“Selang beberapa minit kemudian, suara bising itu tidak lagi kedengaran.

Majikannya lalu mencari mangsa di sekitar bengkel sebelum menemui pekerjanya itu dalam keadaan mulutnya ditutup dengan pita pelekat dan kepalanya cedera parah,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata majikannya mendapati mangsa telah mati lalu menghubungi pihak polis.

Katanya kepala mangsa dipercayai dihentak dan dipukul dengan benda tajam yang dipercayai besi.

Mazlan berkata pada masa yang sama majikan mangsa mendapati tiga lelaki Myanmar yang turut bekerja bersama mangsa telah melarikan diri.

"Polis tidak menolak kemungkinan punca kejadian disebabkan rasa tidak puas hati antara pekerja Myanmar tersebut dan mangsa berikutan mangsa sebelum ini dikatakan pernah membuang tilam mereka di belakang bengkel tersebut,” katanya.

Ketiga-tiga warga Myanmar itu sedang diburu. — BERNAMA

Rencana Utama!»

Kegilaan Zombie buru raksasa digital

DEMAM Pokemon Go turut melanda Indonesia walaupun permainan itu belum memasuki negara itu secara rasmi.

Pesona!»

Langkah proaktif lindungi jemaah haji

jemaah yang sangat padat pada musim haji memudahkan penyakit merebak. – Gambar hiasan

Varia!»

Cabaran generasi celik teknologi maklumat

PENGGUNAAN rangkaian internet berupaya membawa perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi digital serta perkembangan pasaran antarabangsa.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31