TERKINI
Nelayan, rakan maut kereta rempuh tiang lampu
KUANTAN — Seorang nelayan dan rakannya maut apabila kereta mereka terbabas dan merempuh tiang lampu di Jalan Tanjung Lumpur dekat sini awal pagi tadi.
Nelayan tersebut, Shahrizal Abu Bakar, 33, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala rakannya, Wan Adnan Wan Mustafa, 23, meninggal di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada kira-kira pukul 3.45 pagi itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta mereka yang datang dari arah pusat bandar menghala ke Tanjung Lumpur, tiba-tiba hilang kawalan ketika melalui satu selekoh dan terbabas ke kanan jalan lalu merempuh tiang lampu.
Seorang lagi rakan mereka yang memandu kereta Proton Wira itu yang berumur sekitar 20-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini. — BERNAMA
Varia!»

Buah tangan dari Madinah
RAUZAH dan Muhd. Kamil dengan buku masing-masing yang dihasilkan sepanjang hampir dua tahun berkelana di Madinah.




Kafe kedai hardware
Teknologi Motion Capture di Aswara
Kebaikan anak dijaga kedua-dua ibu bapa

