TERKINI

Enam termasuk remaja ditahan timbulkan kekecohan

Enam termasuk remaja ditahan timbulkan kekecohan

01/01/2013 6:10pm

SHAH ALAM — Polis menahan enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana menimbulkan kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Ambang Tahun Baru di Karnival Sayangi Selangor di I-City, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Mazlan Othman berkata, kesemua yang ditahan itu terdiri daripada lima warganegara asing berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan.

"Kita menahan kesemua lelaki terbabit apabila mereka menimbulkan kekecohan dengan menolak orang ramai kerana mereka mahu menghampiri pentas utama.

"Pemeriksaan ke atas kumpulan lelaki yang berpakaian seperti ”band punk” itu, pihak polis menemui dua bilah parang daripada dua suspek.

"Manakala sebilah pedang samurai pula ditemui berhampiran tempat kejadian yang kita percaya sengaja dijatuhkan (ke tanah) oleh seorang daripada suspek bagi mengelakkan dia ditahan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati kesemua lelaki asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah manakala remaja tempatan itu pula tidak membawa kad pengenalan bersamanya.

Kumpulan warga asing itu direman empat hari untuk siasatan lanjut manakala remaja itu dibebaskan setelah diambil keterangan, katanya. Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata berbahaya dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1963 kerana berada di negara ini tanpa permit sah. — BERNAMA

Rencana Utama!»

Persiapan warga emas hadapi banjir

PAK LEH yang tinggal di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumboh, Kampung Pasar Lama, Kota Bharu, Kelantan menunjukkan jarak sungai dengan rumahnya yang terlalu hampir.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16