TERKINI

2 remaja hilang dibawa arus ketika mandi di pantai

2 remaja hilang dibawa arus ketika mandi di pantai

30/12/2012 7:24pm

JOHOR BHARU Dua remaja lelaki dikhuatiri mati lemas selepas dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di pantai Air Papan, dekat Mersing, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Mohd. Nor Rasid berkata, Mohamad Hafis Jamuladin dan Muhamad Azhari Suranto, kedua-duanya berumur 17 tahun, yang berasal dari kampung Rahmat 1, Batu Pahat dilaporkan hilang kira-kira pukul 9 pagi.

Mereka tiba untuk berkelah di pantai terbabit pagi ini dengan rombongan bas yang disertai 40 anggota Persatuan Kompang Sinar Perkasa, Kampung Rahmat, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, gerakan mencari dan menyelamat yang dilancarkan sejurus polis dimaklumkan mengenai kejadian terbabit sehingga petang ini masih belum menemui kedua-dua remaja itu. BERNAMA

Rencana Utama!»

Kritikan terhadap demokrasi di Turki

Pamuk merupakan penerima Anugerah Nobel dalam bidang kesusasteraan pada tahun 2006.

Pesona!»

Kenali tanda-tanda awal autisme

Kanak-kanak autisme mempunyai akal yang bijak dan bersifat penyayang namun, ada masanya suka menyendiri.

Varia!»

Seks bebas sebar HIV

GOLONGAN belia berumur 20 hingga 30-an didapati aktif melakukan seks bebas. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15