TERKINI

Banjir di Terengganu, Kelantan bertukar buruk

Banjir di Terengganu, Kelantan bertukar buruk

27/12/2012 8:06pm

KUALA LUMPUR Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 pagi ini.

Pagi tadi keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang dilihat semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Banjir di Terengganu setakat petang ini telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Terengganu telah melebihi paras bahaya setakat pukul 5 petang ini.

Mangsa banjir di Pahang petang ini pula berkurangan kepada 435 orang berbanding 994 orang pagi tadi. Mangsa banjir di Johor kini seramai 13 orang di mana tiada mangsa banjir dicatatkan pagi tadi di negeri itu.

Di Terengganu, keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 5 petang ini meningkat kepada 14,894 orang berbanding 8,173 orang pagi tadi.

Menurut portal banjir negeri, sebanyak lima pusat pemindahan baharu dibuka petang ini menjadikan keseluruhan 76 pusat pemindahan telah dibuka di negeri itu.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan walaupun pusat pemindahan di tiga jajahan iaitu di Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai ditutup tengah hari tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah yang ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan di empat jajahan ketika ini adalah seramai 7,000 orang berbanding 6,757 orang pada sebelah pagi tadi.

Peningkatan ketara jumlah mangsa yang berpindah itu adalah di Tumpat berikutan limpahan air Sungai Golok yang kini masih berada di paras bahaya.

Di Pahang, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, keadaan banjir beransur pulih dengan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Kuantan dan Pekan semakin berkurangan. BERNAMA

Varia!»

Perancangan pewarisan harta

PEWARISAN harta membolehkan kita membantu saudara-mara miskin atau anak angkat yang tidak dikategorikan sebagai waris dalam hukum faraid. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31