TERKINI
Edar syabu: Peniaga warga Iran ke tali gantung
SHAH ALAM — Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas seorang peniaga lelaki warga Iran kerana mengedar syabu seberat 2.4 kg yang dicampur bahan lain dan dibentuk seperti kepala harimau.
Mohammaderfan Estiyagi Ahmad, 27, didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu di Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada pukul 11 pagi, 2 Ogos tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah bagi menyabitkan kesalahan tertuduh.— BERNAMA




Rumah ibarat ruang pameran
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Saluran darah retina mudah pecah

