TERKINI

Merokok: 244 termasuk pelancong asing didenda

Merokok: 244 termasuk pelancong asing didenda

21/12/2012 3:38pm

KUALA LUMPUR Kompaun berjumlah RM27,774 telah dikeluarkan terhadap 244 individu termasuk 98 pelancong asing kerana merokok di kawasan larangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, setiap seorang dikenakan kompaun minimum RM250 dan sekiranya gagal menjelaskan kompaun dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan didakwa di mahkamah di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

"Pejabat Kesihatan KLIA banyak menerima aduan mengenai orang awam yang merokok di kawasan larangan di KLIA dan LCCT.

"Ekoran itu operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 telah diadakan selama dua hari bermula 16 Disember lepas dengan kerjasama Malaysia Airports Berhad," katanya. BERNAMA

Stailo!»

Stereostar Clothingdidik remaja Muslim

PERANAN simbol, nombor dan tulisan jawi dapat membantu anak-anak muda memahami konsep asas Islam menerusi fesyen.

Varia!»

Pameran seni anjuran korporat

STOWE (dua dari kanan) dan Serenella (tiga dari kiri) pada pelancaran buku Prudential Malaysia Eye: Contemporary Malaysian Art baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16