NEGARA

Mekanik dera anak tiri didakwa

Mekanik dera anak tiri didakwa


RAJASEGARAN dibawa ke Mahkamah Majistret Klang semalam atas
tuduhan mendera anak tirinya yang berusia tiga tahun.


KLANG Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mendera anak tirinya yang berusia tiga tahun menggunakan senduk nasi dan acuan maruku dalam kejadian di sebuah rumah di Kapar di sini pada September lalu.

Tertuduh, T. Rajasegaran, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tindakannya yang mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak lelaki itu yang merupakan anak kepada isteri keduanya.

Majistret Suhaima Mohd. Noor menetapkan 15 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes. Bagaimanapun, tertuduh tidak dibenar ikat jamin dengan alasan demi keselamatan mangsa yang tinggal bersamanya.

Rajasegaran dari Kapar di sini diheret ke mahkamah rentetan aksi dera tertuduh terhadap seorang budak lelaki yang dirakam menggunakan telefon bimbit tersebar di laman soasial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Komitmen PLUS demi keselesaan pengguna

SEBANYAK RM1 bilion dibelanjakan untuk kos operasi, penyelenggaraan yang dilakukan sepanjang tahun untuk menaik taraf lebuh raya.

Varia!»

Amalan tradisi sambut Ramadan di Riau

PERARAKAN bot berhias turut diadakan bagi memeriahkan sambutan Ramadan.- Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0