TERKINI

Lelaki maut kereta dipandu terbabas ke dalam sungai

Lelaki maut kereta dipandu terbabas ke dalam sungai

16/12/2012 6:54pm

JITRA — Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terhumban ke dalam sungai di Kampung Telaga Batu, Jalan Sungai Korok dekat sini hari ini.

Mohd. Zulrani Mohd. Nasir, 23, dari Kampung Baru Tok Pauh, Changlun, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Jitra.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Ibrahim Mohd Yusoff berkata, hasil bedah siasat mendapati lelaki itu mati akibat lemas.

Dalam kejadian pada pukul 12.10 tengah hari itu, Mohd. Zulrani yang bekerja sendiri dalam perjalanan dari Simpang Balai Pos Air Hitam menuju ke pekan Jitra.

Mohd. Zulrani dipercayai memandu laju dan gagal mengawal kenderaan di laluan yang tidak rata menyebabkan kereta Proton Iswara itu terbabas sebelum terlanggar tiang utiliti dan terhumban ke dalam sungai.— BERNAMA

Stailo!»

Rentasan karier Anaabu, Nur Safira

Nur Safira dan Ana ialah bakat mentah industri fesyen yang masih digilap keistimewaannya.

Varia!»

Mengimbau kenangan lampau Malaysia

SAMSUDIN (kiri) memberi penerangan kepada tetamu pada majlis pelancaran Paint&Ink: Just Add Water di Muzium dan Galeri Seni BNM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32