TERKINI

Polis tembak kereta rempuh sekatan jalan

Polis tembak kereta rempuh sekatan jalan

06/12/2012 6:04pm

KUALA LUMPUR — Polis menahan lima penjenayah, termasuk seorang yang cedera akibat terkena tembakan, setelah kereta yang mereka naiki merempuh sekatan jalan raya polis di Water Front City Ampang, Bukit Belacan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, lima lelaki berumur antara 20 dan 40 tahun serta mempunyai rekod jenayah lampau cuba melarikan diri daripada sekumpulan polis dengan menaiki sebuah kereta jenis Mercedes-Benz.

Menurut sumber, polis mengejar kereta itu sejauh empat kilometer di Taman Seraya, Ampang, sebelum pihak polis melepaskan beberapa das tembakan.

"Pemandu kereta itu cedera di bahagian badan menyebabkan kenderaan itu terhenti. Suspek segera dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kes itu dan sidang akhbar mengenai kejadian itu dijangka diadakan esok. —BERNAMA

Rencana Utama!»

Ancaman madu campuran, sintetik

TERDAPAT penjual madu yang berani menambah pelbagai bahan kimia terlarang untuk menghasilkan khasiat madu tiruan yang sama dengan madu asli. – Gambar hiasan

Stailo!»

D’ Jakarta gegarkan pentasMinggu Fes yen NewYork

Anniesa menjadi individu pertama yang menggayakan model berhijab di NYFW dengan menampilkan 48 busana Muslimah.

Varia!»

Impak publisiti hijrah

INDIVIDU yang ingin berhijrah perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai agama. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32