NEGARA

Anugerah anjur Munajat Palestin

Anugerah anjur Munajat Palestin


MASJID Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, Kuala Lumpur tempat berlangsungnya program Munajat Palestin Bersama Imam Muda dan Ustazah Pilihan, Sabtu ini.


KUALA LUMPUR - Syarikat pengeluar produk terapi, Anugerah International Sdn. Bhd. (Anugerah) dengan kerjasama Kosmo! akan menganjurkan program Munajat Palestin Bersama Imam Muda dan Ustazah Pilihan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini pada Sabtu ini.

Prihatin dengan konflik kemanusiaan dan pencabulan hak asasi masyarakat di Palestin, program tersebut akan menghimpunkan seluruh umat Islam di sekitar Lembah Klang atas semangat persaudaraan dan bermunajat memohon pertolongan Allah.

Jurucakap Anugerah, Muhammad Khairul Azhar Ghazali berkata, Munajat Palestin tersebut akan menjelaskan situasi semasa yang berlaku di Palestin kepada yang hadir di samping menzahirkan sokongan moral kepada saudara sesama Islam di Palestin.

"Sudah jelas apa yang berlaku di Gaza, Palestin merupakan kekejaman ke atas manusia tidak berdosa dan diharapkan rakyat negara ini peka terhadap apa yang terjadi di sana.

"Melalui program ini, sokongan moral dan bantuan kewangan diharap sedikit sebanyak dapat meringankan penderitaan yang ditanggung mereka," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Gedung lebih 3,000 karya seni tempatan

Bangunan BSN terletak di Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak bersebelahan Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Varia!»

Mengimbau sejarah seni bina negara

Chee Cheong berharap pameran ini dapat mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan arkitek dalam membangunkan negara satu ketika dahulu.

Process time in ms: 93