TERKINI

Peniaga kuih rompak doktor dipenjara

Peniaga kuih rompak doktor dipenjara

04/12/2012 6:17pm

PETALING JAYA Dua peniaga kuih masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah merompak tiga orang termasuk seorang doktor di sebuah klinik menggunakan dua bilah parang bulan lepas.

Hakim Yasmin Abdul Razak memerintahkan Ahmad Eskandar Abu Kasim, dari Kuang, dan Mazalan Kamaruddin, dari Ulu Yam, Selangor, menjalani hukuman itu mulai tarikh tangkapan iaitu 27 November lalu.

Ahmad Eskandar, 42, dan Mazalan, 46, dituduh secara bersama melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata terhadap Dr. Rozaida Ashaari, 45, dan dua petugas di kliniknya iaitu Zubaida Mat Aroff, 41, dan Seri Najwa Jasri, 18, dengan merompak barangan seperti telefon bimbit, kad kredit dan wang tunai lebih RM400 milik mangsa di sebuah klinik di Bandar Baru Sungai Buloh.

Sementara itu seorang lagi tertuduh, Mohd. Nizwan Awalludin, 38, dari Ulu Yam, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang sama.

Hakim Yasmin membenarkan Mohd. Nizwan diikat jamin RM7,000 berserta seorang penjamin dan menetapkan 15 Januari depan untuk sebutan semula.

Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir menjalankan pendakwaan manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Datuk Suraj Singh. BERNAMA

Rencana Utama!»

Kerok 200 helai daun nanas sehari

Benang daun nanas tahan lama dan sedikit kasar berbanding benang lain di pasaran.

Stailo!»

Ciptaan semula 10 gaya terbaik satu abad

SEBANYAK 10 gaya solekan sentuhan jurusolek profesional Stevesunny dipersembahkan di pentas peragaan di pusat beli-belah Mid Valley.

Varia!»

Corak unik daun Caladium Aaron

Letakkan bekas tanaman di tempat teduh serta sejuk seperti di bilik mandi bagi menyediakan persekitaran yang sesuai untuk mempercepatkan pertumbuhan akar anak pokok yang baharu.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16