DIVA INTERAKTIF

Zarina, Azli Khairi asah cinta

Zarina, Azli Khairi asah cinta

DIVA ini peminat drama Melayu meleweh, kalau tak berair mata tak puas rasanya. Tanyalah siapa pun pelakon drama, semua Diva kenal termasuk Azli Khairi. Budak Azli tu tampan orangnya, tinggi dan sasa.

Jadi bila seorang kawan Diva cakap dia ternampak pelakon genit bekas peserta Akademi Fantasia, Zainordin atau Zarina AF2 keluar bermesra-mesraan dengan Azli, Diva rasa tak pelik sebab mereka berdua pernah berlakon sama dalam satu drama, kalau tak silap judulnya Dingin Lavenda.

Baru-baru ini mereka dilihat bukan main asyik lagi duduk minum-minum bersembang di sebuah kafe di Plaza Damas sampai tak sedar aksi panas mereka dirakam. Sumber Diva juga intai-intai suasana persekitaran, manalah tahu kalau-kalau ada kamera tersembunyi atau tuan pengarah nak sebut 'cut' tapi tak nampak apa-apa.

Jadi sahlah, Zarina dan Azli cuma berdua dan dalam bahasa singkat, mereka itu keluar berdating. Diva suka bila Zarina sudah ada teman istimewa sebab budak Zarina tu asyik tak bernasib baik sahaja dalam cinta.

Dahulu bercinta dengan Ungku Ismail tapi tak ke mana, sekejap sahaja sudah 'potong kek'. Kalau betul dengan Azli, harap kalian cepat-cepatlah. Jangan 'potong kek' tengah jalan, tapi potong kek atas pelamin. Melampau pula harapan Diva kan, okeylah, sudah cukup-cukuplah sudah.

Diva: Terbayang-bayang macam-mana suasana Konsert JLo di Stadium Merdeka, malam ini.

Rencana Utama!»

Kehamilan berakhir dengan pengguguran

KLINIK swasta di Hanoi menyediakan perkhidmatan menggugurkan bayi secara terbuka di premis mereka.

Pesona!»

Senaman tingkat stamina kanak-kanak

Persekitaran, susun atur dan peralatan yang digunakan dalam gimnasium Zac & Zibbo direka khas untuk keselesaan kanak-kanak.

Varia!»

Jutawan bumiputera Phyto Science

NUR FAZLIN FAHSYA (dua dari kanan) bersama rangkaiannya, Mkrich88 menjana pendapatan menerusi produk keluaran Pyhto Science.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15