TERKINI

2,504 kes baru HIV dilaporkan setakat Nov 2012

2,504 kes baru HIV dilaporkan setakat Nov 2012

01/12/2012 8:45pm

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menerima pemberitahuan mengenai 2,504 kes baru HIV mulai Januari hingga November tahun lalu.

Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Chong Chee Kheong berkata, dengan bilangan kes HIV yang membimbangkan, semua golongan muda mesti mengetahui cara untuk melindungi diri sendiri daripada penyakit seumpama itu dan perlu bertanggungjawab dengan kesihatan mereka.

"Satu daripada empat kes baru HIV dilaporkan di Malaysia membabitkan golongan muda berumur 13 dan 39 tahun dan golongan muda dewasa yang berumur antara 20 hingga 39 tahun, membentuk 70 peratus daripada kes-kes HIV yang terkumpul.

"Kes-kes baru di kalangan golongan muda dewasa melalui penyebaran secara seksual juga dijangka meningkat dari setahun ke setahun dan ia sudahpun melepasi apa yang kerap menjadi penggerak utama bagi HIV di Malaysia iaitu pengguna dadah suntikan,” katanya dalam ucapannya pada majlis ”Sambutan Hari AIDS Sedunia 2012 di Red Ribbon Youth Club di sini, hari ini.

Katanya pada 2011, Malaysia menyaksikan jumlah terkumpul 94,841 kes-kes HIV yang mana 17,686 berkembang kepada Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS), manakala sekurang-kurangnya 14,986 kematian berkaitan AIDS dilaporkan. – BERNAMA

Infiniti!»

Berjaya eratkan silaturahim

PEMBERIAN buah tangan atau oleh-oleh mampu mengeratkan silaturahim antara pemberi dan penerima.

Varia!»

Inovasi penggendong bayi

KAIN bedung Ergobaby Swaddler membuatkan tidur bayi lebih lena dan lama.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16