TERKINI

Pengunjung MAHA 2012 kini cecah 2.3 juta

Pengunjung MAHA 2012 kini cecah 2.3 juta

01/12/2012 8:29pm

PUTRAJAYA – Jumlah pengunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 sejak bermula pada 23 November lepas kini mencecah 2.3 juta orang.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah berkata, jumlah itu dijangka meningkat hari ini dan esok, berdasarkan angka tersebut sasaran tiga juta pengunjung mungkin boleh dicapai.

"Purata sehari adalah seramai 400,000 yang hadir. Selain pameran pelbagai seminar turut diadakan untuk memberi maklumat kepada mereka yang berminat dengan bidang agropertanian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar MyAgrosis MAHA 2012 di sini hari ini.

Bertemakan ”Transformasi Pertanian Melalui Inovasi” MAHA 2012 berlangsung dari 23 November hingga 2 Disember ini. – BERNAMA

GenK»

Ajar komunikasi dalam bahasa Inggeris

Papan tanda dwibahasa turut dipasang di Kampung Orang Asli Batu 16, Ulu Gombak.

Varia!»

Perpustakaan kuda tarik minat pembaca

Ridwan menunggang kuda untuk membawa buku-buku mengelilingi kampung Serang, Jawa Tengah, Indonesia.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 32