TERKINI

Cubaan pecah mesin ATM di masjid gagal

Cubaan pecah mesin ATM di masjid gagal

27/11/2012 3:05am

KUALA LUMPUR Sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) Bank Islam di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul di sini gagal dipecah sekumpulan suspek dalam kejadian samun yang dipercayai berlaku pagi semalam.

Kejadian itu disedari pada kira-kira 9 pagi ketika seorang pencuci sedang menjalankan tugasnya di dalam kiosk itu, yang turut menempatkan mesin deposit wang milik Bank Islam.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, pemeriksaan mendapati beberapa kesan bakar dan pecah pada ATM itu, yang dipercayai menggunakan bahan Oxytelene.

Beliau berkata, polis percaya suspek tidak meneruskan cubaan memecah ATM itu setelah menyedari perbuatan mereka dikesan orang awam yang melalui kawasan tersebut.

"Suspek dipercayai tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian setelah gagal memecahkan ATM, katanya dalam khidmat pesanan ringkas malam tadi.

Zakaria berkata, siasatan di tempat kejadian turut menemui dua tong gas dan satu beg galas yang mengandungi peralatan pecah rumah. BERNAMA

Infiniti!»

Beli tiket dengan mudah dan cepat

KAKITANGAN CatchThatBus, Nadiah Syazana Abdullah menunjukkan cara pembelian tiket menggunakan aplikasi di telefon pintar.

Varia!»

Rawatan bekam ketika berpuasa

BERBEKAM ketika berpuasa paling sesuai dilakukan antara pukul 7 pagi hingga 11 pagi.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0