TERKINI

Malaysia kejutkan Korea, raih kemenangan ke-2

Malaysia kejutkan Korea, raih kemenangan ke-2

26/11/2012 6:57pm

KUALA LUMPUR – Skuad hoki kebangsaan mengekalkan rentak kemenangan pada Cabaran Juara-juara 1 Hoki Lelaki di Quilmes, Argentina apabila mengalahkan pasukan nombor tujuh dunia Korea Selatan 4-2 pada perlawanan kedua mereka bagi Kumpulan A pada semalam.

Pasukan bimbingan Paul Revington itu mencatat kemenangan pertama dengan membelasah Poland 4-0 pada perlawanan pembukaan sehari sebelumnya.

Dalam perlawanan yang disifatkan sebagai pertempuran antara wakil Asia pada kejohanan itu, Korea Selatan memperoleh jaringan awal melalui pakar pukulan sudut mereka, Jang Jong Hyun pada minit kelapan, sebelum Malaysia mendapat gol penyama pada minit ke-18 melalui pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abd Rahim.

Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil melonjakkan semangat Malaysia apabila menjaringkan dua gol pantas pada minit ke-30 dan ke-31, manakala pemain penuh berpengalaman Chua Boon Huat pula mendapatkan gol keempat pada minit ke-48, yang meletakkan pasukannya pada kedudukan kukuh untuk mara ke perlawanan separuh akhir.

Korea Selatan, yang dibimbing jurulatih Shin Seok Kyo, merapatkan jurang jaringan apabila mendapat gol kedua melalui JangJong Hyun.

Kemenangan ini meletakkan Malaysia di tangga teratas Kumpulan A dengan enam mata, manakala Korea Selatan menduduki tangga kedua dengan tiga mata, diikuti Kanada dan Poland, yang masing-masing meraih satu mata setelah seri 3-3 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A. – BERNAMA

Rencana Utama!»

Cabaran penggal kedua Rousseff

AKHBAR-AKHBAR Brazil melaporkan kemenangan Rousseff sebagai President Brazil ke-36.

Pesona!»

Bantu baiki taraf hidup wanita

KEMAHIRAN mengurut menjadi punca rezeki buat Saodah untuk menyara keluarganya.

Varia!»

Penceraian yang dilaknat Allah

PERCERAIAN li’an yang melibatkan penafian nasab terhadap anak yang dikandung akan dilakukan selepas kelahiran bayi tersebut. – Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31