RENCANA UTAMA

Ceria dan comel dengan kain felt

Ceria dan comel dengan kain felt



KAIN FLANEL atau lebih dikenali dengan kain felt mampu memukau pencinta kraf tangan dengan gubahan yang menarik dan unik. Pelbagai hiasan dan rekaan menarik dapat dihasilkan oleh penggubahnya.

Antara kraf tangan yang sinonim dengan kain felt termasuklah cekak rambut, kasut bayi, alas minuman, bantal bercorak, penutup bekas makanan, tempat simpanan kad dan sarung telefon bimbit.

KAIN FLANEL atau lebih dikenali dengan kain felt mampu memukau pencinta kraf tangan dengan gubahan yang menarik dan unik. Pelbagai hiasan dan rekaan menarik dapat dihasilkan oleh penggubahnya.

Antara kraf tangan yang sinonim dengan kain felt termasuklah cekak rambut, kasut bayi, alas minuman, bantal bercorak, penutup bekas makanan, tempat simpanan kad dan sarung telefon bimbit.

Siapa sangka dengan menggunakan sekeping kain sahaja, sebiji bantal lama boleh kelihatan seperti bantal baharu dengan tampalan corak yang sangat comel.

Menariknya, kain felt juga datang dalam pelbagai warna terang yang menambahkan lagi nilainya dalam menarik perhatian ramai.

Bagi kaum Adam yang mungkin jenuh memerah otak memikirkan fabrik itu, cuba bayangkan pelapik meja snuker, pasti anda pernah melihatnya.

Kain felt sebenarnya agak kuat kerana diperbuat daripada bulu biri-biri yang dimampatkan.

Proses pembuatan kain felt juga dibezakan dengan peringkat wet felting iaitu proses pemanasan dan penguapan dengan campuran bahan tertentu.

Terdapat dua jenis bahan campuran dalam kain tersebut iaitu akrilik dan polyster.

Kain felt daripada akrilik biasanya lebih lembut. Ia amat sesuai untuk membuat bantal atau rantai kunci kerana mudah dibentuk.

Kain felt jenis polyster pula lebih keras tetapi mempunyai variasi ketebalan. Lebih tebal felt polyster itu lebih mahal harganya kerana ia lebih berkualiti.

Kain felt jenis itu sesuai dibuat huruf atau sarung telefon bimbit.


SI cilik bergaya dengan hasil tampalan kreatif kain felt.


Kain felt yang kebanyakannya diimport dari Korea dan Taiwan itu juga tampil dengan kain berwarna polos atau dengan sedikit corak.

Inspirasi

Apa yang pasti, kain felt kini sudah semakin popular dalam pasaran barangan kraf di Malaysia. Terdapat beberapa pusat beli-belah yang menjual barang perhiasan yang diperbuat daripada kain itu berikutan permintaan daripada pembeli.

Seorang peminat kraf tangan itu, Yasmin Zaid, 40, berkata, dia tertarik dengan rupa bentuk patung yang comel dan berwarna-warni diperbuat daripada kain felt.

“Warna-warni patung ini seperti memberi semangat dan menceriakan hari saya. Anak perempuan saya berumur 11 tahun juga meminati kraf tangan comel seperti ini,” katanya.

Fatahiya Mohd. Tap, 26, pelajar Universiti Teknologi Malaysia berkata, dia gemar mengumpul buku nota yang mempunyai tampalan corak kain felt di hadapan kulit buku.

“Saya suka kulit buku yang dihiasi dengan kombinasi kain felt, butang-butang berwarna-warni dan bahan-bahan lain.

“Corak comel dan berwarna-warni ini tidak akan jemu untuk dipandang dan dapat menaikkan semangat saya untuk membuka buku nota,” katanya.

Menurut penjual gerai kraf tangan berkenaan, Zuziyanti Suparman, 25, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada masyarakat berketurunan Melayu dan Cina.

“Mereka yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita gemar membeli dan mengumpul koleksi patung comel. Kebiasaannya, perniagaan saya akan mula sibuk pada awal bulan Ogos sehingga hujung bulan Disember iaitu sepanjang bulan-bulan perayaan masyarakat majoriti di negara ini,” katanya.

Pendapatan sampingan

Populariti kraf tangan kain felt menyebabkan ia juga satu sumber rezeki bagi usahawan laman blog. Seorang blogger yang juga pembekal kain felt, Noorwati Abd Rahim, 32, berkata, dia mula menjinakkan diri dengan perniagaan kain felt sejak akhir 2008 lagi.

“Saya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menerusi laman blog saya, Watie Crafty. Saya memulakan perniagaan dengan menjadi pembekal kraf tangan kain felt seperti kasut bayi, cekak, pin rambut dan banyak lagi.


KIOS-KIOS menjual produk kain felt kini banyak terdapat di pusat-pusat beli-belah sekitar ibu kota.


“Lama-kelamaan, saya hanya menjadi pembekal kainnya sahaja kerana permintaan yang terlalu banyak dan kekangan masa yang saya hadapi. Kini tutorial kraf tangan kain felt juga terdapat dalam blog-blog yang menjual hasil kraftangan ini,” kongsi Noorwati.

Tambah ibu kepada dua orang anak itu, pelanggan yang membuat pesanan menerusi e-mel dan laman blog kebanyakannya berasal dari Sabah, Sarawak dan Kelantan.

Kata Noorwati lagi, bekalan diperolehnya di sekitar Kuala Lumpur seperti Masjid Jamek dan Maju Junction.

“Biasanya, saya membeli bekalan kain felt ini secara pukal dengan modal sebanyak RM1,000 untuk sekali pembelian. Ini kerana, biasanya pelanggan akan meminta sekurang-kurangnya 100 keping kain felt dalam setiap satu pesanan yang dilakukan,” katanya.

Jelas bekas akauntan itu lagi, dia turut menjual kain felt yang mempunyai tutorial di bungkusan kain tersebut.

“Saya menjual kain felt ‘DIY’ atau Do It Yourself dengan kadar harga RM5 sehingga RM25 satu bungkusan. Ia bergantung kepada jenis kain felt yang diminta oleh pelanggan itu,” katanya.

Bukan setakat menjadi pembekal kain felt, Noorwati turut mengadakan kelas kraf tangan felt di kampungnya di Kelantan.

“Saya juga menganjur kelas kraf tangan untuk suri rumah dan pencinta kraf yang berminat dalam menghasilkan kraf tangan felt ini.

“Pelajar saya terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah sehinggalah yang sudah boleh bergelar nenek,” katanya.

Menurut Noorwati, penghasilan kraf tangan kain felt yang amat mudah untuk diajar dan dipelajari mendorongnya untuk mengadakan kelas tersebut.

“Penghasilan kraf tangan kain ini hanya memerlukan kaedah gunting, tampal dan jahit. Ia tidaklah serumit yang disangkakan,” katanya.

Rencana Utama!»

Dreadnoughtus terbesar di dunia

PELAJAR Universiti Drexel, Alison Moyer teruja dengan penemuan fosil Dreadnoughtus di Argentina pada 4 September lalu.

Varia!»

Sinar baharu kanak-kanak Myanmar

DARI kiri, Mohd. Azhari, Myint Lwin dan Tengku Zafrul bergambar pada majlis penyerahan tajaan oleh CIMB Bank dan IJN di Hospital Kanak-kanak Yankin, Myanmar.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 16