NEGARA
Insurans kelompok penjaja mulai 1 Januari

BERA - Skim perlindungan insurans berkelompok bagi peniaga dan penjaja yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2013 pada September lalu akan dilaksanakan mulai 1 Januari depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skim itu hanya untuk peniaga dan penjaja yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Tidak kira sama ada mereka penjual kuih, peniaga ikan atau nasi lemak, asalkan berdaftar dengan SSM, mereka akan diberikan perlindungan insurans tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dengan warga Felda Gugusan Bera dekat sini kelmarin.
Pelaksanaan skim itu merupakan satu lagi berita yang menggembirakan golongan peniaga dan penjaja kecil selepas kerajaan kelmarin mengumumkan Skim Pembiayaan Mikro tanpa faedah untuk mereka dengan had pinjaman sehingga RM50,000 pada tahun depan.
Bagi skim insurans itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan menyasarkan pendaftaran sejuta peniaga, sekali gus melayakkan mereka menerima perlindungan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Varia!»

Seni Mod terserlah di Mods Cafe
VAN lama model Volkswagen menjadi tempat barista menyediakan kopi.



Marliana pilih gaya moden
Pesakit tidak menunggu lama di SDH Park City
Penyakit aras 2,400 meter

