SUKAN

Tangga Batu takluk Putrajaya

Tangga Batu takluk Putrajaya

AKSI antara Wangsa Maju (kiri) mentang pasukan Tangga Batu pada perlawanan akhir kategori lelaki pada Kejohanan Futsal Parlimen 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2012 di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya semalam. Tangga Batu menang 3-1.


SEJARAH baharu tercipta di bumi Putrajaya. Pada Kejohanan Futsal Parlimen 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2012 yang melabuhkan tirainya di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya semalam, kedua-dua kategori lelaki dan wanita dibolot juara baharu dengan masing- masing membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta pingat dan trofi.

Dalam final kategori lelaki, Parlimen Tangga Batu dari Melaka menjinakkan Parlimen Wangsa Maju 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua- dua pasukan terikat tanpa jaringan sebaik masa sebenar perlawanan tamat.

Penjaga gol Tangga Batu, Razman Razak muncul wira apabila berjaya menggagalkan sepakan penalti penyerang lawan, Azrul Hanif.

Lebih manis, Razman berjaya muncul Penjaga Gol Terbaik kejohanan kategori lelaki dan berkongsi kejayaan bersama rakan sepasukan, Abu Haniffa Hassan yang muncul Pemain Lelaki Terbaik.

Ketiga-tiga sepakan penalti Tangga Batu berjaya disempurnakan Abu Haniffa bersama pemain adik- beradik, Jamal Alias dan Ayub Alias manakala satu lagi sepakan penalti pasukan Wangsa Maju disempurnakan Abdul Samad Ibrahim.

Kesemua hadiah dan trofi disampaikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Khadijah Mohd. Yasin; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Datuk Zai- don Asmuni dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Dr. Mohd. Ghani Mohd. Yusof.

Pengurus Tangga Batu, Mohd. Fasarul Md. Isa ternyata gembira apabila anak- anak buahnya berjaya melunaskan ‘dendam’ terkandas di pusingan kedua sebanyak dua kali berturut-turut sejak kejohanan edisi pertama pada tahun 2010.

“Perit jerih kami mengadakan latihan intensif setiap minggu sejak tersingkir pada kejohanan tahun lalu ternyata berbaloi.

“Ini merupakan pencapai- an terbaik kami selepas muncul juara Kejohanan Jemputan Futsal Piala Tiger di Vietnam bulan lepas,” katanya selepas tamat perlawanan.

Terdahulu, Tangga Batu menempah slot ke final selepas mengejutkan juara bertahan, Puchong dengan keputusan 2-1 pada peringkat separuh akhir.

Parlimen Puchong pula sekadar berpuas hati di tempat ketiga kali ini apabila menewaskan Kuala Langat 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi penentuan tempat ketiga selepas terikat tanpa jaringan.

Dalam pada itu, pengurus Parlimen Wangsa Maju, Maizuri Mahayuddin akur dengan kekalahan pasukannya yang disifatkan kurang bernasib baik kali ini.

“Kecewa memanglah kecewa, terutamanya apabila tewas menerusi sepakan penalti biarpun kami mara lebih jauh kali ini berbanding sekadar terkandas pada suku akhir tahun lalu.

“Tetapi kami tidak akan berputus asa dan akan kembali tahun depan,” katanya optimis.

Process time in ms: 31