NEGARA

6,000 rakyat Selangor fail saman tuntut air percuma

6,000 rakyat Selangor fail saman tuntut air percuma


PENDUDUK Pangsapuri Permai mengadakan demonstrasi aman menuntuk hak air percuma di Damansara Damai semalam.


PETALING JAYA - Lebih 6,000 penghuni dari lapan kawasan perumahan telah memfailkan tuntutan saman berhubung kegagalan kerajaan negeri memberikan subsidi menerusi Skim Air Percuma.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tarikh perbicaraan berhubung kesemua tuntutan saman tersebut akan diumumkan awal tahun hadapan.

"Penggunaan meter pukal tidak sepatutnya menjadi isu kerana dalam manifesto yang telah dijanjikan pada pilihan raya umum lalu jelas menyebut pemberian bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pemilik kediaman di seluruh Selangor.

"Alasan yang diberikan tidak masuk akal sama sekali kerana pihak kerajaan negeri masih dapat menentukan penggunaan air dan mengeluarkan bil mengikut setiap isi rumah," katanya selepas menyertai perhimpunan aman bersama lebih 100 penduduk Pangsapuri Permai, Damansara Damai di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rencana Utama!»

Biak Raja Sungai di habitat asal

Ikan kelah yang dipelihara di pusat Santuari Ikan Sungai Chilling belum jinak sepenuhnya dan agak sukar ditangkap menggunakan tangan.

Pemotoran!»

Supercar mewah Lotus Evora 400 lebih berkuasa

Lotus Evora 400 serba baharu ini adalah versi paling canggih dan berkuasa berbanding model terdahulu.

Varia!»

Bijaksana guna media sosial

Media sosial seperti Facebook perlu digunakan untuk menyebar kebaikan. Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 47