TERKINI

Negara ketandusan akauntan bertauliah

Negara ketandusan akauntan bertauliah

10/11/2012 5:47pm

BESUT — Negara memerlukan ramai akauntan bertauliah bagi membantu merangsang pertumbuhan ekonomi dalam negara secara lebih teratur, kata Naib Presiden Institut Akauntan Malaysia (IAM), Abdul Rahim Abdul Hamid.

Katanya, buat masa ini negara mempunyai kira-kira 30,000 akauntan namun hanya sekitar 7,000 yang melakukan kegiatan akauntan secara bertauliah membabitkan kerja-kerja auditan.

"Jumlah ini masih kecil berbanding dengan keperluan negara seperti Malaysia yang sedang meningkat maju dalam bidang kewangan sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pelajar-pelajar Akauntan 2012, di sini hari ini.

Katanya, keadaan itu berlaku apabila hampir 65 peratus penuntut yang menamatkan pengajian dalam bidang tersebut bergiat dalam bidang lain termasuk kerja makan gaji.—BERNAMA

Rencana Utama!»

Pelatih Instep didedah situasi di loji sebenar

Pelatih akan naik ke loji latihan untuk menjalankan tugas yang diberikan sepanjang tempoh pengajian sebagai rutin harian.

Stailo!»

Buka mata penggemar fesyen di Jepun

Penganjuran TMFW 2016 merupakan yang pertama di Jepun dan mendapat liputan menggalakkan daripada media antarabangsa.

Varia!»

UniKL MSI cungkil bakat kepimpinan pelajar

SEBAHAGIAN peserta yang merupakan pelajar Kolej Matrikulasi Gambang, Pahang mempersembahkan lukisan kumpulan masing-masing ketika slot permainan Dream Tower.

[email protected]!

Process time in ms: 31