KOMUNITI KITA

77 ahli baharu Sispa sertai kursus orientasi

77 ahli baharu Sispa sertai kursus orientasi


AHLI baharu Kor Sispa USIM bergambar kenangan selepas menamatkan kursus orientasi di Seremban baru-baru ini.


TAMAT. Seramai 77 ahli baharu Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Sispa), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai kursus orientasi di Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Negeri Sembilan di Seremban baru-baru ini.

Penyelaras Kor Sispa USIM, Kamarudin Saad berkata, kursus selama tiga hari itu diadakan bagi mengeratkan hubungan sesama ahli selain memberi pendedahan berhubung peranan JPAM.

Katanya, dalam program tersebut para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti berpasukan bagi memupuk semangat kerjasama antara mereka.

"Dalam program itu, aspek kerjasama sangat penting kerana kita mahu mereka bekerjasama dalam sebarang keadaan terutama sekali apabila terlibat dalam aktiviti menyelamat.

"Selain itu, kita juga memberi pendedahan asas kepada para pelajar mengenai tugas-tugas JPAM dan peranan yang dimainkan oleh agensi tersebut," katanya.

Process time in ms: 47