VARIA

Wajah pemenang di pek susu

Wajah pemenang di pek susu

MIRZA ADAM BAIG (kiri) dan Muhammad Harith Hazeeq ceria di hadapan rak Susu Untuk Membesar Dutch Lady di Giant Kota Damansara.


"LIHAT Ibu, kita terkenal!"ungkap Muhammad Harith Hazeeq Abdul Halim, 3, apabila melihat gambarnya terpapar pada pek Susu Untuk Membesar Dutch Lady di Pasar Raya Besar Giant di Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.

Keterujaan dan keseronokan yang sama turut dikongsi Mirza Adam Baig Mirza, 4 dan Tan Ai Chen, 6, selaku pemenang kempen Jadi Bijak, Jadi Terkenal anjuran Dutch Lady Milk Industries Berhad.

Sebagai pemenang kempen tersebut wajah ketiga-tiga pemenang bertuah itu dipaparkan pada pek Susu Untuk Membesar Dutch Lady sejak bulan September lalu.

Kini, Pek Susu Untuk Membesar Dutch Lady edisi terhad itu boleh didapati di semua pasar raya hiper, pasar raya dan kedai-kedai di seluruh negara.

Keseronokan para pemenang jelas kelihatan apabila mereka bergaya dengan bangganya bersama ibu dan ahli keluarga mereka di depan rak susu berkenaan di Giant.

Para ibu pemenang Wan Azneen Yahya, 32, Harni Anita Mohd. Ramli, 31 dan Ng Lee Hong, 50, masing-masing mengakui mereka akan menyimpan bekalan pek susu edisi terhad tersebut sebagai tanda kenangan untuk anak-anak mereka pada masa akan datang.

Pengurus Kanan Jenama Dutch Lady Malaysia, Wong Vai Chi menjelaskan, kempen Jadi Bijak, Jadi Terkenal berjaya menarik minat ribuan ibu di seluruh negara. Respons yang diterima amat memberangsangkan.

"Sebanyak 10 pasangan ibu dan anak yang terpilih telah dijemput untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk sesi bergambar dan temu ramah untuk iklan di media cetak dan televisyen. Tidak ketinggalan penggambaran untuk rancangan Nona di TV3 yang memaparkan kisah bijak anak-anak mereka.

"Selaku pemenang, setiap ibu memenangi biasiswa bernilai RM50,000 untuk anak mereka," kata Vai Chi dalam satu kenyataan akhbar.

Beli dan undi

Tambahnya, tiga pemenang bertuah tersebut dipilih oleh orang ramai daripada senarai pendek 10 kisah bijak yang menceritakan kebijaksanaan kanak-kanak itu oleh ibu mereka.

Peringkat pertama kempen tersebut bermula sejak Disember 2011.

Peringkat kedua kempen Jadi Bijak, Jadi Terkenal bermula apabila orang ramai dijemput untuk mengundi kisah bijak pilihan mereka menerusi pembelian susu tepung Dutch Lady tertentu.

Bagi menggalakkan pembeli mengundi, hadiah harian turut disediakan oleh pihak Dutch Lady.

Kempen Jadi Bijak, Jadi Terkenal berakhir pada bulan Mei lalu apabila tiga kisah bijak yang terpilih sebagai pemenang diumumkan pada Pusingan Akhir Pertandingan di Piazza@The Curve, Mutiara Damansara.

"Pada pusingan akhir, si kecil boleh menceritakan apa sahaja, sama ada mengenai kebijaksanaan menyelesaikan masalah mahupun tindak-tanduk spontan dalam situasi tertentu. Ia mestilah sesuatu yang biasanya tidak dijangkakan oleh kanak-kanak seusia mereka.

"Peraduan tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan hingga sukar untuk kami memilih 10 terbaik. Beberapa cerita memang sangat menarik, ini menunjukkan betapa bijaknya kanak-kanak zaman sekarang!" ujarnya.

Process time in ms: 16