NEGARA

Rumah pasang siap generasi kedua

Rumah pasang siap generasi kedua

KUALA LUMPUR - Generasi kedua peneroka Felda berpeluang menyaksikan contoh model rumah pasang siap yang akan dibina untuk mereka pada majlis Himpunan Generasi Baharu Felda (HGBF) pada 9 hingga 11 November ini di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manap berkata, pada himpunan tersebut, model sebenar rumah akan dibina bagi membolehkan pengunjung melihat sendiri bentuk rumah itu.

"Generasi kedua akan berpeluang menentukan jenis dan bentuk rumah yang mereka suka," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Himpunan anjuran Felda dan Majlis Belia Malaysia itu bertujuan untuk mengagihkan pemberian durian runtuh sebanyak RM5,000 bagi pusingan ketiga kepada generasi kedua Felda.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Infiniti!»

Berjaya eratkan silaturahim

PEMBERIAN buah tangan atau oleh-oleh mampu mengeratkan silaturahim antara pemberi dan penerima.

Varia!»

Inovasi penggendong bayi

KAIN bedung Ergobaby Swaddler membuatkan tidur bayi lebih lena dan lama.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 15