TERKINI
Replika pedang, rumah Nabi dalam pameran MAIK
KOTA BHARU – Beratus artifak, termasuk replika rumah dan pedang milik Nabi Muhammad SAW akan dipamerkan pada ekspo sempena Ulang Tahun ke-100 penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), mulai 1 November ini.
Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd Zin berkata, replika sejarah perkembangan Islam dari seluruh nusantara dan dunia itu dijangka menjadi tarikan kira-kira 100,000 pengunjung yang julung kali diadakan di pekarangan Istana Negeri, Kubang Kerian dari 1 November hingga 6 Disember.
"Pameran ini adalah pertama kali diadakan secara terbuka di Dewan Jubli Perak Istana negeri sejak pembinaan istana itu 20 tahun lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan merasmikan ekspo itu pada 6 Disember depan.
Pelbagai program akan diadakan untuk mengisi ekspo itu yang bertemakan ”Seabad Mendaulatkan Islam” termasuk pelancaran penubuhan unit amal ”Ikhwan MAIK” melibatkan 16 masjid bandar dan mukim di negeri ini. – BERNAMA




Rumah ibarat ruang pameran
Mudah dan senang di bawa ke mana-mana sahaja
Saluran darah retina mudah pecah

