TERKINI

Ops Semak pastikan syarikat guna perisian tulen

Ops Semak pastikan syarikat guna perisian tulen

23/10/2012 2:57pm

GEORGETOWN Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang dan Business Software Alliance (BSA) akan mengadakan kerjasama dalam Operasi Semak selama sebulan bermula esok, kata Ketua Penguatkuasa, Abdul Rosik Yakub.

Beliau berkata, selain memastikan semua syarikat dan industri menggunakan perisian komputer tulen dan berlesen dalam urusan harian mereka, operasi itu juga bertujuan mengekang gejala cetak rompak.

"Operasi ini akan dilakukan di seluruh negara tetapi ia akan bermula di Pulau Pinang. Tempoh sebulan diberikan bagi membolehkan syarikat dan industri membuat semakan terhadap perisian komputer yang digunakan sama ada ia tulen atau palsu.

"Sekiranya tidak pasti dengan perisian komputer yang ada, pihak syarikat perlu memaklumkannya kepada BSA untuk tindakan selanjutnya, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa penggunaan perisian palsu adalah salah di sisi undang-undang dan ia perbuatan yang tidak beretika.

Katanya lagi, perlaksanaan kempen itu akan dilakukan dengan penghantaran surat atau notis kepada semua syarikat dan industri, selain itu pihak KPDNKK dan BSA turut memasang banting dan papan tanda amaran serta nasihat di sepanjang Jalan di George Town, Bayan Lepas dan Seberang Perai.

"Bagaimanapun, sepanjang tempoh kempen, penguatkuasaan masih diteruskan sekiranya KPDNKK mendapat aduan daripada orang ramai dan tindakan mengikut undang-undang boleh dikenakan ke atas mana-mana syarikat, katanya.

Abdul Rosik berkata, sekiranya didapati sesebuah syarikat itu menggunakan perisian komputer palsu, pemilik syarikat boleh dikenakan denda minimum RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap perisian palsu atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya di bawah Akta Hak Cipta 1987. BERNAMA

Rencana Utama!»

Komitmen PLUS demi keselesaan pengguna

SEBANYAK RM1 bilion dibelanjakan untuk kos operasi, penyelenggaraan yang dilakukan sepanjang tahun untuk menaik taraf lebuh raya.

Varia!»

Amalan tradisi sambut Ramadan di Riau

PERARAKAN bot berhias turut diadakan bagi memeriahkan sambutan Ramadan.- Gambar hiasan

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 0