TERKINI

Bekas ahli sukan terkemuka Sabah meninggal dunia

Bekas ahli sukan terkemuka Sabah meninggal dunia

18/10/2012 2:52pm

KOTA KINABALU — Bekas ahli sukan terkemuka Sabah, Datuk Dilbagh Singh Kler meninggal dunia awal hari ini kerana sakit biasa dalam usia 76 tahun.

Mendiang yang meninggalkan isteri, Datin Amrit Kler, tiga orang anak dan seorang cucu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 pagi di Hospital Queen Elizabeth 2 setelah dimasukkan ke situ selama seminggu, kata anak sulung mendiang, Jaswinder.

"Ia tidak dijangka sama sekali. Tetapi bapa sudah tidak sihat kerana sudah tua,” kata Jaswinder seorang bekas wartawan New Straits Times dan isteri kepada wakil Bernama di Sandakan, Haslin Gaffor.

Dilahirkan di Kota Kinabalu, Dilbagh adalah seorang atlet terkemuka yang mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan antarabangsa di tahun 60an seperti Olimpik dan Sukan Komonwel (dahulunya dikenali sebagai Sukan British Empire dan Komonwel).

Pencapaian beliau yang terbesar ialah merangkul pingat emas acara lari berhalangan 3,000 meter dalam Sukan Asia Tenggara di Kuala Lumpur (1965), Bangkok (1967) dan Rangoon (1969).

Dilbagh pernah berkhidmat sebagai seorang jurulatih atlet di bawah Kementerian Belia dan Sukan negeri dan bersara pada 1991. — BERNAMA

Rencana Utama!»

Himpunan 1,200 syarikat pertahanan

Seorang petugas pameran menunjukkan robot pemusnah bom jenis Mk3 Caliber buatan Kanada.

Stailo!»

Empat varian kasut tapak lembut

Antara koleksi kasut bayi Freddie The Frog yang terdapat di pasaran.

Varia!»

Preskripsi hijau rawat masalah psikiatri

Tapak semaian yang diusahakan oleh para peserta di taman rehabilitasi di SLU, Alnarp, Sweden.

Iklan@KOSMO!

Process time in ms: 31